Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Perkhidmatan Yang Disediakan
S1 : Adakah waktu operasi Runner Courier dibuka setiap hari ?
J1 : Waktu operasi kami ialah :-
Isnin-Sabtu (0830 – 1800)
Ahad (Cuti)
S2 : Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Runner Courier?
J2 : Perkhidmatan yang kami sediakan ialah:-
-
Penghantaran bungkusan persendirian /online/ pejabat/industri
-
Penghantaran motosikal, kereta dan towing motosikal
-
Lain-lain penghantaran yang melibatkan penghantaran kurier dan logistik seperti pindah rumah / pejabat , atau muatan berat / besar.
S3 : Bagaimanakah boleh saya memberi maklumbalas /cadangan atau aduan ?
J3:Untuk sebarang maklumbalas /cadangan atau aduan boleh emailkan kepada kami herorunnercourier@gmail.com.
Terima kasih atas maklumbalas/cadangan atau aduan yang telah diberikan.
PENGHANTARAN :
S4 : Dimanakah tempat untuk saya membuat penghantaran bungkusan?
J4 : Para pelanggan boleh terus datang ke Hub Runner (HQ) seperti alamat operasi.
S5 : Siapa dan dimana boleh saya bertanyakan tentang perkhidmatan penghantaran barang?
J5 : Rujuk maklumat sepert dibawah :-
-
Cara 1: Pelanggan boleh menghubungi talian 04-424 9469 atau 012-4229469,
-
Cara 2: Mengunjungi cawangan kami,
-
Cara 3: Melayari laman web www.runnercourier.com.my atau
-
Cara 4: Ikuti kami di media social untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan penghantaran FACEBOOK: Runner Courier INSTAGRAM :Runner_Courier
S6 : Jika tiada penerima ketika barang sampai, apakah status barang yang dihantar?
J6 : Kami akan membuat penghantaran sebanyak 2 kali penghantaran dan jikalau penerima tidak berada di lokasi yang ditetapkan, barangan pelanggan akan disimpan dengan selamat di cawangan berdekatan untuk sementara waktu. Sekiranya bungkusan tidak dituntut dalam masa 1 minggu, kami akan memulangkan bungkusan tersebut kepada penerima (return to sender).
S7 : Adakah penghantaran dibuat seluruh Malaysia?
J7 : Kami mempunyai kawasan tertentu untuk penghantaran barang. Rujuk negeri yang
terlibat dibawah:-
-
Kuala Lumpur
-
Selangor
-
Pulau Pinang
-
Kedah
-
Perlis
-
Sabah
-
Sarawak
S8 : Apakah jenis penghantaran yang disediakan oleh pihak Runner?
J8 : Jenis penghantaran yang kami sediakan adalah seperti berikut :-
- Penghantaran Kurier :-
Penghantaran biasa (normal delivery), ditawarkan oleh pihak kami untuk penghantaran
ke seluruh Semenanjung Malaysia yang melibatkan penghantaran bungkusan yang
bersekala kecil dan besar.
- Penghantaran Logistik :-
Penghantaran logistik yang ditawarkan oleh pihak kami untuk penghantaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang melibatkan penghantaran bungkusan
atau barangan bersekala besar dan kuantiti yang banyak.
- Penghantaran Motosikal :-
Penghantaran ini meliputi kawasan-kawasan penghantaran yang tertentu sahaja bagi
kawasan Semenanjung Malaysia sahaja. Manakala bagi penghantaran ke Sabah dan
Sarawak ianya dihantar secara menyuluruh di kawasan tersebut.
- Penghantaran Kereta / Lori / Jentera Berat :-
Penghantaran ini meliputi seluruh kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
*Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
S9 : Pengangkutan apakah yang digunakan untuk penghantaran dilakukan?
J9 : Pengangkutan yang digunakan oleh pihak kami untuk melakukan penghantaran adalah :-
- Motosikal / Van / Lori untuk penghantaran ke kawasan Semenanjung Malaysia.
- Kapal Laut untuk penghantaran ke kawasan Sabah dan Sarawak.
*Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
S10 : Berapa jangka masa yang diambil untuk bungkusan saya sampai?
J10 : Bagi kawasan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang 1 hari ke 2 hari waktu bekerja.
Bagi kawasan Kuala Lumpur, Selangor dan Perak 1 hari ke 3 hari waktu bekerja.
Bagi kawasan pendalaman (ODA) 1 hari ke 5 hari waktu bekerja.
Bagi kawasan Sabah dan Sarawak 1 minggu ke 2 minggu waktu bekerja.
*Bungkusan tidak diambil kira masa dan tarikh item tersebut diambil atau dihantar kepada pihak kami.
PENGAMBILAN :
S11 : Bagaimanakah cara yang harus dilakukan untuk membuat perkhidmatan pick-up?
J11 : Kami telah menyediakan pelbagai cara untuk membuat perkhidmatan :-
1. Boleh hubungi kami di talian 04-424 9469 atau 012-422 9469
2. Layari laman www.runnercourier.com.my/book-online dan pilih mengikut
perkhidmatan para pelanggan.
*Pastikan para pelanggan membuat tempahan 1 hari atau 2 hari lebih awal dari tarikh pengambilan barang di kediaman atau premis.
S12 : Adakah perkhidmatan pengambilan di kediaman dan premis memerlukan bayaran?
J12 : Perkhidmatan pengambilan di kediaman atau premis para pelanggan adalah percuma.
Tiada caj tambahan yang akan dikenakan mengikut terma dan syarat yang telah
ditetapkan oleh pihak kami.
S13 : Adakah pengambilan mengikut jumlah bungkusan / kotak?
J13 : Ya. Sudah tentu ianya mengikut jumlah bungkusan / kotak untuk dibuat pengambilan
terus di kediaman atau premis pelanggan. Pelanggan perlu mempunyai 3 bungkusan /
kotak keatas untuk pihak kami datang membuat pengambilan di kediaman atau premis
anda. Mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
*Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
S14 : Bolehkah saya membuat pembatalan tempahan?
J14 : Ya. Sudah tentu boleh, sila maklumkan kepada pihak kami untuk pembatalan
pesanan tempahan pengambilan barang lebih awal dari tarikh yang ingin diambil.
S15 : Bolehkah membuat kiriman menggunakan bungkusan / kotak sendiri?
J15 : Ya boleh, sebarang penghantaran dan penyerahan bungkusan kepada kami untuk
dibuat penghantaran hendaklah dibungkus serta dibalut dengan kemas dan baik
daripada pihak pengirim supaya mengelakkan bungkusan tersebut mengalami
sebarang kerosakan atau kehilangan serta lain-lain perkara yang tidak diingini berlaku.
Sekiranya pihak kami mendapati bungkusan tersebut tidak mengikut piawaian
pembungkusan yang ditetapkan, pihak kami berhak tidak menerima bungkusan
tersebut serta tiada sebarang pelindungan insuran (ganti rugi) yang diberikan kepada
pelanggan.
*Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
NOTA :-
*FAQ diatas adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh pengguna. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
Sebarang penghantaran ataupun pengambilan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
Terima kasih.