TERMA DAN SYARAT PENGHANTARAN KERETA

Berikut adalah terma dan syarat yang dimasukkan antara anda, sebagai Penghantar dan Hero Runner Courier Sdn. Bhd (“Runner Courier”). Dengan menggunakan perkhidmatan Runner Courier, Penghantar bersetuju bahawa terma dan syarat akan terpakai dari masa Runner Courier menerima Item dan Penghantar akan dianggap telah menerima terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di sini. "Item" bermaksud semua kereta yang boleh dibawa /dikirim dengan apa cara yang dipilih oleh Runner Courier.

 

1. PENGHANTARAN KERETA :

 

(a)  Perkhidmatan penghantaran kereta adalah penghantaran kereta pelanggan yang ditawarkan oleh Runner Courier di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja. Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar kereta sendiri ke pejabat kami ataupun menghubungi pihak kami untuk pengambilan terus di kediaman anda, yang mana lebih memudahkan anda dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan.

 

(b)   Penghantaran kereta ke seluruh kawasan Semenanjung Malaysia mempunyai 2 pilihan iaitu menggunakan lori tunda ataupun dipandu sendiri oleh pihak kami.

 

(c)    Penghantaran kereta ke seluruh kawasan Sabah dan Sarawak mempunyai 2 pilihan iaitu menggunakan lori towing, pandu sendiri, kontena dan RoRo (Roll on Roll off). Sekiranya kereta dimasukan dalam kontena, ianya akan diletakkan sekali barsama dengan barang-barang pelanggan yang hendak dihantar, harga menggunakan kontena adalah berbeza. Manakala RoRo pula adalah kapal yang hanya membawa kenderaan sahaja.

 

(d)    Jenis kenderaan yang boleh dihantar melalui perkhidmatan ini seperti kenderaan penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan pacuan empat roda, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan van.

 

 

2. JENIS-JENIS PENGHANTARAN / PERKHIDMATAN :

 

(a)    Door to Door - Pihak kami membuat pengambilan kenderaan pelanggan di kediaman dan  menghantarnya terus ke alamat penerima yang pelanggan kehendaki sahaja (dari kediaman pengirim ke pintu penerima).

 

(b)    Door to Port - Pihak kami membuat pengambilan kenderaan pelanggan di kediaman dan menghantarnya terus ke pelabuhan yang pelanggan kehendaki sahaja (dari kediaman pengirim ke pelabuhan).

 

(C)   Port to Port - Pelanggan boleh menghantar terus kenderaan mereka ke pelabuhan terus dan pihak kami akan menguruskan penerimaan tersebut serta menguruskan penghantaran kenderaan pelanggan untuk ke destinasi yang dikehendaki sahaja (serahan sendiri pelanggan ke pelabuhan).

 

(d)   Port to Door - Kami juga membuat pengambilan dan penghantaran kenderaan dari pelabuhan ke destinasi yang dikehendaki oleh pengirim (penghantaran kenderaan ke penerima).

 

 

3. JAMINAN SERAHAN :

 

(a)  Pelanggan perlu menyimpan resit pembayaran sebagai bukti penghantaran yang menggunakan perkhidmatan Runner Courier, serta mengemukakan kepada pertugas kami sebagai proses penerimaan di kaunter, kediaman dan premis anda terus kepada penerima.

 

(b)    Kelebihan menggunakan perkhidmatan kami adalah kepantasan penghantaran kenderaan anda dalam masa yang singkat. Tempoh penghantaran 1 minggu ke 2 minggu waktu bekerja untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak manakala 1 hari ke 3 hari waktu bekerja untuk penghantaran ke Semenanjung Malaysia dari penerimaan kenderaan tersebut oleh Runner Courier, harga pengeposan yang ditawarkan lebih murah dan berbaloi. Walaubagaimanapun jadual penghantaran untuk ke Sabah dan Sarawak bergantung kepada jadual kapal.

 

 

(c)   Dokumen dan perkara yang perlu dilakukan oleh pelanggan semasa pengeposan kereta adalah seperti berikut :

 

           i.    Salinan kad pengenalan / MyKad (depan dan belakang dengan jelas) - 2 salinan.

           ii.   Salinan geran pemilikan kederaan (depan dan belakang dengan jelas) - 2 salinan.

           iii.  Salinan surat pelepasan dari bank / kedai (jika masih terikat dengan pinjaman dari

           institusi kewangan) - 2 salinan.

           iv.  Pastikan cukai jalan tidak tamat tempoh untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

           v.   Lain-lain dokumen sokongan sekiranya diperlukan.

          ​

  

4. LIABILITI RUNNER COURIER :

 

(a)   Runner Courier tidak membayar gantirugi/pampasan ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan pada penghantaran kenderaan sekiranya disahkan berlaku akibat kecuaian pihak pelanggan atau pihak pelabuhan atau pihak perkapalan atau pihak ejen yang membuat penghantaran kereta di kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

 

(b)   Runner Courier tidak menyediakan insurans marin dan lain-lain insurans. Pelanggan boleh menghubungi mana-mana syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan caj yang dikenakan untuk pelindungan insurans penghantaran kereta pelanggan.

(c)   Pelanggan perlu mengisi borang pengeposan dengan lengkap beserta nombor telefon dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Pelanggan juga perlu membuat pembayaran terus di kuanter pejabat kami ataupun kepada pekerja kami yang membuat pengambilan di kediaman dan premis anda. Selain itu, pelanggan juga bertanggungjawab untuk memastikan tiada barangan yang berharga diletakkan di dalam kenderaan untuk dibuat penghantaran. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kehilangan barangan yang diletakkan di dalam kenderaan tersebut.

5. TUNTUTAN GANTIRUGI :

Sebarang tuntutan gantirugi akibat kehilangan dan / atau kerosakan Item, Runner Courier berhak untuk tidak melayan sebarang aduan dan / atau tuntutan yang diterima dan / atau tuntutan tanpa apa-apa liabiliti kepada Pengirim.

 

 

6. PENGHANTARAN ITEM MERBAHAYA DAN BARANGAN TERLARANG :

Barang bungkusan yang terlarang tidak dibenarkan sesama sekali. Seperti DADAH, SENJATAPI, UBAT-UBATAN TELARANG, DAUN KETUM, BAHAN KIMIA, BAHAN MUDAH TERBAKAR DAN MELETUP, serta lain-lain barang yang menyalahi undang-undang. Penghantaran sebarang barang bungkusan yang dikategorikan sebagai barang merbahaya (dangerous good) dan barang larangan oleh pihak syarikat ini atau pihak berkuasa atau negara destinasi adalah dilarang sama sekali. Senarai barang bungkusan berbahaya serta  barang-barang larangan dan sebagainya hendaklah makluman kepada pihak pengurusan pihak syarikat ini sebelum pengeposan.

 

 

7. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT :

Adalah dengan ini dipersetujui bahawa terma dan syarat di dalam ini boleh diubah, diganti dan / atau ditambah dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa oleh Runner Courier atas budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu. Perubahan, variasi, penggantian dan / atau penambahan sedemikian akan berkuatkuasa pada tarikh Runner Courier mengisytiharkan ia berkesan.

 

 

8. UNDANG-UNDANG YANG MENGUATKUASAKAN:

Terma dan Syarat Perkhidmatan ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia melainkan Penghantaran dikemukakan kepada Runner Courier di suatu tempat di luar bidang kuasa mahkamah Malaysia yang mana undang-undang negara di mana Penghantaran yang dikemukakan kepada Runner Courier adalah undang-undang yang mentadbir dan mahkamah negara di mana Penghantaran yang dikemukakan kepada Runner Courier akan mempunyai bidang kuasa dan Pengirim secara muktamad dikemukakan ke bidang kuasa mahkamah tersebut.

© 2017 Runner Courier, All rights reserved.