TERMA DAN SYARAT PENGHANTARAN MOTOSIKAL

1. PENGHANTARAN MOTOSIKAL :

Pengeposan motosikal adalah perkhidmatan penghantaran motosikal pelanggan yang ditawarkan oleh Runner Courier di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja. Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar motosikal sendiri ke pejabat kami ataupun menghubungi pihak kami untuk pungutan terus di kediaman anda, yang mana lebih memudahkan anda dan bersesuaian dengan kehendak pelanggan. 

 

Pelanggan perlu menghubungi pejabat kami untuk mengetahui harga pengeposan dan persediaan bagi motosikal 500cc ke atas sebelum membuat pengeposan di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Manakala harga pengeposan bagi motosikal roda tiga di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah dua kali ganda dari harga berdasarkan kategori cc motosikal tersebut.

 

 

2. JAMINAN SERAHAN :

Pelanggan perlu menyimpan resit pembayaran sebagai bukti penghantaran yang menggunakan perkhidmatan Runner Courier, serta mengemukakan kepada pertugas kami sebagai proses penerimaan di kaunter, kediaman dan premis anda terus kepada penerima.

 

Kelebihan menggunakan perkhidmatan kami adalah kepantasan penghantaran motorsikal anda dalam masa yang singkat. Tempoh penghantaran 2 hari ke 3 hari waktu bekerja dari penerimaan motorsikal tersebut oleh Runner Courier. Harga pengeposan yang ditawarkan lebih murah dan berbaloi.

 

Dokumen yang diperlukan semasa pengeposan motosikal adalah seperti berikut :

 

          i. Salinan geran motosikal.

          ii. Salinan kad pengenalan pengirim.

          iii. Salinan surat kedai/aeon/bank jika masih loan.

          iv. Cukai jalan tidak tamat tempoh untuk penghantaran ke Sabah dan Sarawak.

 

 

3. LIABILITI RUNNER COURIER :

Runner Courier bersedia membayar gantirugi/pampasan ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan pada pengeposan motosikal sekiranya disahkan berlaku akibat kecuaian pihak kami. Mengikut terma & syarat perkhidmatan, jumlah gantirugi/pampasan yang ditanggung oleh Runner Courier ini adalah mengikut nilai kerosakan/kehilangan sebenar atau tidak melebihi dari caj pengeposan yang dibayar semasa pengeposan motosikal (yang mana lebih rendah).

 

Perlindungan insurans bagi melindungi motosikal pelanggan adalah termasuk di dalam harga pengeposan motosikal yang ditawarkan oleh Runner Courier dengan kadar perlindungan sehingga RM 500.00. 

Pelanggan perlu mengisi borang pengeposan dengan lengkap beserta nombor telefon dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Pelanggan juga perlu membuat pembayaran terus di kuantar pejabat kami ataupun kepada pekerja kami yang membuat pungutan di kediaman dan premis anda. Selain itu, pelanggan juga bertanggungjawab untuk memastikan motosikal telah dibalut sempurna terutama pada bahagian-bahagian yang berisiko untuk calar, kemek atau patah dan pelanggan amat digalakkan menggunakan sebarang perlindungan tambahan untuk melindungi motosikal dari sebarang risiko kerosakan kerana ia adalah tanggungjawab pengirim

 

 

4. ADUAN DAN/ATAU TUNTUTAN UNTUK KEROSAKAN DAN/ATAU KEHILANGAN KANDUNGAN :

Sebarang kerosakan dan/atau kehilangan kandungan mestilah dilaporkan kepada Runner Courier dalam tempoh 24 jam selepas Item diterima. Runner Courier tidak akan melayan sebarang tuntutan yang dikemukakan oleh mana-mana pihak sekiranya aduan atau tuntutan yang dibuat selepas tempoh 24 jam Item diterima tanpa bantahan. Item yang didakwa rosak dan/atau hilang di bawah kawalan Runner Courier mesti dibuktikan secara fizikal semasa aduan dibuat supaya pemeriksaan dan pengesahan dapat dilakukan oleh Runner Courier. Runner Courier berhak menolak sebarang tuntutan sekiranya pihak pengadu gagal mengemukakan bukti kerosakan dan/atau kehilangan yang berlaku di bawah kawalan Runner Courier. Tanggungan Runner Courier adalah terhad kepada kerosakan dan/atau kehilangan kandungan mengikut had yang dinyatakan. Runner Courier akan menanggung kos penghantaran semula Item yang rosak di bawah kawalan Runner Courier ini kepada Pengirim (jika perlu). Sebaliknya, sekiranya gagal dibuktikan rosak di bawah kawalan Runner Courier ini, caj penghantaran akan dikenakan untuk penghantaran semula kepada Pengirim.

 

 

5. TUNTUTAN GANTIRUGI :

Sebarang tuntutan gantirugi akibat kehilangan dan/ atau kerosakan Item hanya boleh dituntut oleh pihak pengirim atau wakil yang dipersetujui secara bertulis oleh pengirim. Tuntutan gantirugi mesti dituntut dalam tempoh 24 jam dari tarikh penghantaran secara bertulis bersama dengan bukti penghantaran dan salinan dokumen pengenalan rasmi penghantar atau penerima. Runner Courier berhak untuk tidak melayan sebarang aduan dan / atau tuntutan yang diterima selepas tarikh akhir aduan dan / atau tuntutan tanpa apa-apa liabiliti kepada Pengirim.

 

 

6. PENGHANTARAN ITEM MERBAHAYA DAN BARANGAN TERLARANG :

Barang bungkusan yang terlarang tidak dibenarkan sesama sekali. Seperti DADAH, SENJATAPI, UBAT-UBATAN TELARANG, DAUN KETUM, BAHAN KIMIA, BAHAN MUDAH TERBAKAR DAN MELETUP, serta lain-lain barang yang menyalahi undang-undang. Penghantaran sebarang barang bungkusan yang dikategorikan sebagai barang merbahaya(dangerous good) dan barang larangan oleh pihak syarikat ini atau pihak berkuasa atau negara destinasi adalah dilarang sama sekali. Senarai barang bungkusan berbahaya serta  barang-barang larangan dan sebagainya hendaklah makluman kepada pihak pengurusan pihak syarikat ini sebelum pengeposan.

 

 

7. PERUBAHAN TERMA DAN SYARAT :

Adalah dengan ini dipersetujui bahawa terma dan syarat di dalam ini boleh diubah, diganti dan / atau ditambah dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa oleh Runner Courier atas budi bicara mutlaknya tanpa notis terlebih dahulu. Perubahan, variasi, penggantian dan / atau penambahan sedemikian akan berkuatkuasa pada tarikh Runner Courier mengisytiharkan ia berkesan.

 

 

8. UNDANG-UNDANG YANG MENGUATKUASAKAN:

Terma dan Syarat Perkhidmatan ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah Malaysia melainkan Penghantaran dikemukakan kepada Runner Courier di suatu tempat di luar bidang kuasa mahkamah Malaysia yang mana undang-undang negara di mana Penghantaran yang dikemukakan kepada Runner Courier adalah undang-undang yang mentadbir dan mahkamah negara di mana Penghantaran yang dikemukakan kepada Runner Courier akan mempunyai bidang kuasa dan Pengirim secara muktamad dikemukakan ke bidang kuasa mahkamah tersebut.

 

 

© 2018 Runner Courier, All rights reserved.