Soalan-Soalan Lazim Barkaitan Penghantaran Logistik

S1 Apakah yang dimaksudkan dengan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan?

J1 Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan adalah perkhidmatan untuk menghantar kenderaan penumpang dan kenderaan berkapasiti ringan dengan menggunakan kapal laut dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak atau dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung.

 

S2 Siapakah yang menawarkan perkhidmatan ini?

J2 Perkhidmatan ini ditawarkan oleh syarikat Merong Freight Sdn Bhd dan Runner Courier selaku ejen yang dilantik.

 

S3 Di manakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?

J3 Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di :

               i. Pejabat Runner Courier, Sg. Petani, Kedah

               ii Pejabat Runner Courier, Selangor

               iii. Pejabat Merong Freight Sdn Bhd, Selangor

 

S4 Apakah perbezaan antara Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan dengan penghantaran menggunakan kontena?

J4 : Kedua-dua kaedah ini sering digunakan dalam penghantaran kenderaan. Walaubagaimanapun,

Perkhidmatan Penghantaran kenderaan menggunakan sistem parkir berlapis ( seperti tempat letak kereta bertingkat) di dalam kapal. Kapal bagi perkhidmatan penghantaran ini adalah khas untuk mengangkut kenderaan sahaja dan tidak ada membawa kontena lain.

 

S5 Apakah jenis kenderaan yang boleh dihantar melalui perkhidmatan RORO?

J5 Jenis kenderaan yang boleh dihantar melalui Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan adalah seperti motosikal, kenderaan penumpang, kenderaan pelbagai guna (MPV), kenderaan pacuan empat roda, kenderaan utiliti sukan (SUV) dan van.

 

S6 Siapakah yang patut saya hubungi bagi  mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan ini?

J6 Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila kunjungi ke pejabat Runner Courier ataupun pelanggan boleh terus menghubungi kami di talian 04-424 9469 atau 012-422 9469.

 

S7 Bolehkah saya menghantar motosikal melalui perkhidmatan RORO?

J7 Ya. Motosikal boleh dihantar menggunakan perkhidmatan ini.

Walaubagaimanapun, caj perkhidmatan tertakluk kepada kapasiti enjin (cc) motosikal tersebut.

 

S8 Di manakah saya boleh mendapatkan borong permohonan perkhidmatan ini?

J8 Borang permohonan boleh didapati di :

                i. Pejabat Runner Courier, Sg. Petani, Kedah

                ii Pejabat Runner Courier, Selangor

                iii. Pejabat Merong Freight Sdn Bhd, Selangor

 

S9 Dimanakah saya boleh mendapatkan sebut harga dan jadual bagi perkhidmatan penghantaran ini?

J9 Jadual penghantaran kenderaan dan sebut harga boleh didapati di :

                i. Pejabat Runner Courier, Sg. Petani, Kedah

                ii Pejabat Runner Courier, Selangor

                iii. Pejabat Merong Freight Sdn Bhd, Selangor

 

S10 Adakah harga yang tersenarai dalam sebut harga sudah termasuk semua jenis caj?

J10 Harga dalam sebut harga termasuk :

                i. Caj terminal pelabuhan destinasi sahaja.

 

S11 Bolehkah saya mengunakan kad kredit atau cek untuk membuat bayaran?

J11 Pembayaran menggunakan kad kredit dan cek tidak diterima.

 

S12 Apakah cara-cara pembayaran bagi perkhidmatan ini?

J12 Pembayaran boleh dibuat seperti dibawah :

                i. Pembayaran secara tunai

                ii. Pembayaran kepada Staf Runner Courier yang bertugas membuat pengambilan

                kenderaan

                iii. Pembayaran secara online banking (hubungi pejabat Runner Courier untuk

                mengetahui No.Akaun)

 

S13 Apakah dokumen yang diperlukan ketika berurusan untuk penghantaran kenderaan?

J13 Dokumen yang diperlukan adalah :

                i. Salinan kad pengenalan / MyKad (depan dan belakang) - 2 salinan

                ii. Salinan geran pemilikan kenderaan (depan dan belakang) - 2 salinan

                iii. Salinan surat pelepasan dari bank (jika masih terikat dengan pinjaman dari

                institusi kewangan) - 2 salinan

                iv. Salinan resit / slip transaksi (ATM / CDM dll) sebagai bukti pembayaran

 

S14 Dimanakah saya perlu menghantar kenderaan saya?

J14 Pelanggan boleh menghantar kenderaan tersebut ke :

                i. Pejabat Runner Courier, Sg. Petani, Kedah

                ii Pejabat Runner Courier, Selangor

                iii. Pejabat Merong Freight Sdn Bhd, Selangor

 

Ataupun menghubungi pihak kami untuk dibuat pengambilan di kediaman / premis pelanggan.

 

S15 Apakah jenis perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan?

J15 Jenis perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :

                i.    Door to Door - Pihak kami membuat pengambilan kenderaan pelanggan di

               kediaman dan menghantarnya terus ke alamat penerima yang pelanggan kehendaki                              sahaja (dari kediaman pengirim ke pintu penerima).

 

                ii.    Door to Port - Pihak kami membuat pengambilan kenderaan pelanggan di kediaman

               dan menghantarnya terus ke pelabuhan yang pelanggan kehendaki sahaja (dari kediaman                    pengirim ke pelabuhan).

 

                iii.   Port to Port - Pelanggan boleh menghantar terus kenderaan mereka ke pelabuhan

                terus dan pihak kami akan menguruskan penerimaan tersebut serta menguruskan

                penghantaran kenderaan pelanggan untuk ke destinasi yang dikehendaki sahaja (serahan

                sendiri pelanggan ke pelabuhan).

 

                 iv.   Port to Door - Kami juga membuat pengambilan dan penghantaran kenderaan dari

                 pelabuhan ke destinasi yang dikehendaki oleh pengirim (penghantaran kenderaan ke

                 penerima).

 

S16 Adakah saya perlu mengeluarkan radio dan barangan berharga lain semasa penghantaran?

J16 Pelanggan adalah dinasihatkan untuk mengeluarkan semua barangan berharga dan barangan yang boleh ditanggalkan di dalam kenderaan semasa proses penghantaran. Pihak Runner Courier atau Merong Freight tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau kehilangan barangan tersebut.

 

S17 Jika kenderaan sudah tiada lagi terikat dengan pinjaman bank, adakah saya masih perlu mendapatkan surat perlepasan dari bank?

J17 Surat pelepasan dari bank tidak diperlukan jika kenderaan anda sudah tiada terikat dengan pinjaman bank.

 

S18 Berapa lamakah tempoh penyimpanan percuma yang dibenarkan sebelum caj tambahan dikenakan jika tidak mengambil kenderaan pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan?

J18 Tempoh penyimpanan percuma yang ditetapkan berdasarkan lokasi pelabuhan seperti berikut :

  

               i. Pelabuhan Kota Kinabalu, Sabah - 8 jam

               ii. Pelabuhan Kuching, Sarawak - 3 hari

               iii. Pelabuhan Utara, Klang - 5 hari

 

S19 Apakah syarat-syarat dan dokumen yang wajib dibawa semasa menghantar kenderaan?

J19 

              i. Syarat-syarat :

                 a. Kawasan Luar Bandar

                 Kenderaan perlu dihantar ke pejabat Runner Courier dalam masa tujuh (7) hari

                 bekerja sebelum tarikh pelayaran kapal.

 

                 b. Kawasan Bandar

                 Kenderaan perlu dihantar di pejabat Runner Courier dalam masa tiga (3) hari bekerja

                 sebelum tarikh pelayaran kapal.

 

             ii. Dokumen-dokumen yang wajib dibawa :

                 Jika pemilik kenderaan hadir :

                 a. Resit pembayaran asal

                 b. Kad pengenalan asal / MyKad pemilik

                 c. Borang “Salinan Pemilik” Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan yang

                 telah disahkan

  

                 Jika pemilik kenderaan TIDAK hadir :

                 a. Resit pembayaran asal

                 b. Kad pengenalan asal / MyKad pemilik

                 c. Kad pengenalan asal penghantar kenderaan

                 d. Borang “Salinan Pemilik” Permohonan Perkhidmatan Penghantaran Kenderaan yang

                 telah disahkan

 

            iii. Pihak Runner Courier akan mengeluarkan borang penerimaan kenderaan kepada

            pelanggan yang merupakan borang Delivery Order, Survey Report atau Consigment Note (CN)

            sebagai pengesahan penerimaan kenderaan.

 

S20 Sekiranya kenderaan saya telah sampai ke destinasi, adakah pihak Runner Courier akan menghubungi saya untuk proses pengambilan kenderaan?

J20 Pihak Runner Courier akan menghubungi pelanggan apabila kenderaan sudah tiba di destinasi (untuk pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Runner Courier sahaja).

 

S21 Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa mengambil kenderaan?

J21 Dokumen yang perlu dibawa dalah :

  

               a. Salinan resit pembayaran

               b. Kad pengenalan / MyKad asal penerima

               c. Salinan borang Delivery Order, Survey Report atau Consigment Note (CN) yang

               telah disahkan

 

S22 Adakah pemilik kenderaan perlu hadir semasa menghantar dan mengambil kenderaan?

J22 Ia bergantung kepada jenis perkhidmatan yang dipilih :

  

               i. Bagi perkhidmatan port to port :

                  - Pemilik kenderaan tidak perlu hadir semasa menghantar dan mengambil

                  kenderaan. Dokumen sokongan adalah wajid dibawa semasa menghantar dan

                  mengambil kenderaan.

 

               ii. Bagi perkhidmatan door to door :

                   - Kenderaan akan diambil dan dihantar berdasarkan alamat yang telah

                   dimaklumkan.

 

S23 Adakah pelanggan dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan semasa penghantaran dilakukan?

J23 Tidak. Pelanggan tidak dibenarkan untuk berada di dalam kenderaan semasa penghantaran dilakukan dan semasa pihak Runner Courier membuat penghantaran ke pelabuhan.

 

S24 Bolehkah saya mewakilkan dua (2) nama sebagai penerima untuk penghantaran ini?

J24 Pelanggan tidak dibenarkan untuk meletakkan dua (2) nama sebagai wakil penerimaan. Hanya Satu nama dibenarkan.

 

S25 Bolehkah saya menghantar kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan?

J25 Ya. Pelanggan boleh menghantar kenderaan yang telah tamat tempoh cukai jalan. Penghantaran perlu dibuat menggunakan lori tunda untuk ke pelabuhan dan kadar caj mungkin berbeza.

 

S26 Adakah saya perlu memenuhkan tangki petrol kenderaan semasa menghantar kenderaan ke pelabuhan?

J26 Pelanggan bertanggungjawab memastikan kandungan petrol yang ditinggalkan tidak kurang separuh dari tangki kenderaan.

 

S27 Adakah saya perlu menanggalkan nombor plat kenderaan saya semasa penghantaran?

J27 Nombor plat kenderaan tidak perlu ditanggalkan semasa penghantaran.

 

S28 Adakah kenderaan masih boleh diambil jika penerima terlupa untuk membawa dokumen yang diperlukan untuk mengambil kenderaan?

J28 Pengirim perlu memastikan dokumen yang perlu dibawa oleh penerima. Kenderaan tidak akan dilepaskan sekiranya tiada dokumen yang sah diberikan.

 

S29 Saya telah tersalah mengisi / ingin menukar maklumat penerima dalam borang permohonan. Apakah yang perlu dilakukan?

J29 Pelanggan perlu memaklumkan sebarang perubahan kepada pihak Runner Courier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja sebelum tarikh kapal dijadualkan berlepas.

 

Sekiranya kapal telah berlepas, pelanggan perlu menanggung sendiri sebarang caj tambahan yang akan dikenakan (jika ada).

 

S30 Perlukah saya mendapatkan pelindungan insurans ketika penghantaran kenderaan dilakukan?

J31 : Pelanggan adalah dinasihatkan untuk membeli perlindungan insurans bagi melindungi kenderaan daripada sebarang kerosakan atau kehilangan. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan pada kenderaan tersebut, pihak Runner Courier atau Merong Freight tidak akan bertanggungjawab dan tiada sebarang bayaran gantirugi akan diberikan kepada pelanggan.

 

S31 Adakah Runner Courier menyediakan insurans marin? Berapakah caj insurans marin di pasaran?

J31 : Runner Courier tidak menyediakan insurans marin. Pelanggan boleh menghubungi mana-mana syarikat insurans yang menyediakan perkhidmatan ini untuk mendapatkan maklumat berkenaan caj yang dikenakan.

 

S32 Saya teleh melakukan pembayaran penuh kepada Runner Courier.  Walaubagaimanapun saya ingin membatalkan penghantaran kenderaan. Adakah saya boleh mendapatkan semula pemulangan wang pembayaran?

J32 Bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dipulangkan.

NOTA :-

 

*FAQ diatas adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh pengguna. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.

Sebarang penghantaran ataupun pengambilan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami.

Terima kasih.

© 2017 Runner Courier, All rights reserved.