Soalan-Soalan Lazim Barkaitan Penghantaran Bungkusan Pelbagai
S1: Apakah yang dimaksudkan dengan penghantaran bungkusan dan barangan pelbagai?
J1 : Perkhidmatan penghantaran bungkusan dan barangan pelbagai adalah perkhidmatan untuk menghantar bungkusan atau barangan daripada pengirim untuk dibuat serahan yang selamat kepada penerima atau daripada penerima untuk dibuat serahan kepada pengirim. Pengirim atau penerima yang menggunakan perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan oleh pihak Runner Courier dalam apa juga bentuk bungkusan atau barangan yang tidak mengikut saiz tertentu dan dalam kuantiti sedikit atau banyak.
S2 : Siapakah yang menawarkan perkhidmatan ini?
J2 : Perkhidmatan ini ditawarkan oleh Runner Courier dan ejen-ejen yang dilantik sahaja.
S3 : Di manakah saya boleh mendapatkan perkhidmatan ini?
J3 : Pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan di :
a. Pejabat Runner Courier, Sg. Petani, Kedah.
b. Pejabat Runner Courier, Selangor.
S4 : Siapakah yang patut saya hubungi bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan ini?
J4 : Untuk mendapatkan maklumat lanjut sila kunjungi ke pejabat Runner Courier ataupun pelanggan boleh terus menghubungi kami di talian khidmat pelanggan 04-424 9469 atau 012-422 9469.
Ingatan : Talian khidmat pelanggan Runner Courier adalah seperti yang telah dinyatakan, selain dari nombor tersebut, ianya bukan talian yang digunapakai oleh pihak Runner Courier.
S5 : Di manakah saya boleh mendapatkan borong permohonan perkhidmatan ini?
J5 : Borang permohonan boleh didapati di :
a. Pejabat Runner Courier, Sg. Petani, Kedah.
b. Pejabat Runner Courier, Selangor.
S6 : Adakah harga yang tersenarai dalam sebut harga sudah termasuk semua jenis caj?
J6 : Ya. Sebut harga yang diberikan oleh pihak Runner Courier telah termasuk dengan keseluruhan kos untuk sesuatu penghantaran yang dilakukan. Tiada caj tersembunyi.
S7 : Bolehkah saya mengunakan kad kredit atau cek untuk membuat bayaran?
J7 : Pembayaran menggunakan kad kredit dan cek tidak diterima.
S8 : Apakah cara-cara pembayaran bagi perkhidmatan ini?
J8 : Pembayaran boleh dibuat seperti dibawah :
a. Pembayaran secara tunai.
b. Pembayaran kepada Staf Runner Courier yang bertugas membuat pengambilan
dan penghantaran bungkusan atau barangan pelbagai dilakukan (COD).
c. Pembayaran secara online banking (hubungi pejabat Runner Courier untuk
mengetahui No. Akaun).
S9 : Apakah yang diperlukan ketika berurusan untuk penghantaran bungkusan atau barangan?
J9 : Pelanggan perlu memastikan perkara seperti berikut :
a. Pelanggan perlu memastikan bungkusan yang hendak dibuat penghantaran dan
penyerahan bungkusan atau barangan kepada pihak Runner Courier untuk dibuat
penghantaran hendaklah dibungkus serta dibalut dengan kemas dan baik daripada
pihak pengirim supaya mengelakkan bungkusan atau barangan pelanggan
mengalami sebarang kerosakkan atau kehilangan serta lain-lain perkara yang tidak
diingini berlaku.
b. Pelanggan hendaklah mengisi borang Consigment Note (CN) untuk membuat
penghantaran bungkusan atau barangan.
c. Pelanggan perlu memastikan tiada kiriman kandungan di dalam bungkusan yang
mengandungi item yang terlarang dan menyalahi undang-undang.
d. Sekiranya pihak Runner Courier mendapati bungkusan tersebut tidak mengikut
piawaian pembungkusan yang ditetapkan, pihak kami berhak untuk tidak menerima
bungkusan tersebut serta tiada sebarang pelindungan insurans (gantirugi) yang
diberikan kepada pelanggan.
S10 : Dimanakah saya perlu menghantar bungkusan atau barangan saya?
J10 : Pelanggan boleh menghantar bungkusan atau barangan tersebut ke :
a. Pejabat Runner Courier, Sg. Petani, Kedah
b. Pejabat Runner Courier, Selangor
c. Pelanggan juga boleh menghubungi pihak Runner Courier untuk dibuat
pengambilan terus bungkusan di kediaman / premis pelanggan. Mengikut terma dan
syarat yang telah ditetapkan.
S11 : Apakah jenis perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan?
J11 : Jenis perkhidmatan penghantaran yang ditawarkan adalah seperti berikut :
a. Door to Door - Runner Courier membuat pengambilan bungkusan pelanggan di
kediaman dan menghantarnya terus ke alamat penerima yang pelanggan kehendaki
sahaja (dari kediaman pengirim ke pintu penerima).
b. Hub to Door - Pelanggan sendiri boleh datang ke pejabat Runner Courier untuk menyerahkan bungkusan kepada kami dan pihak kami akan membuat
penghantaran terus ke alamat penerima yang pelanggan kehendaki sahaja (dari Hub
Runner Courier ke pintu penerima).
c. Sea Freight - Menggunakan penghantaran cargo / kontena melalui perkhidmatan
penghantaran kapal laut untuk penghantaran yang barangan atau bungkusan
kuantitinya banyak serta muatan besar atau berat.
S12 : Apakah barangan atau bungkusan yang boleh dihantar oleh pelanggan?
J12 : Pelanggan boleh membuat penghantaran barangan atau bungkusan apa sahaja seperti peti ais, telivision, mesin basuh, barangan perabot, biskut, roti, pakaian, dan bungkusan atau barangan bersifat kering serta tahan lama.
S13 : Apakah barangan atau bungkusan yang tidak boleh dihantar oleh pelanggan?
J13 : Pelanggan tidak boleh menghantar barangan atau bungkusan yang bersifat basah seperti ikan, daging, sayur-sayuran atau yang tidak tahan lama. Barangan atau bungkusan yang nilai harga tinggi tidak digalakkan untuk dihantar.
S14 : Berapa lamakah tempoh penghantaran kepada penerima?
J14 : Tempoh penghantaran yang disediakan oleh Runner Courier pada waktu ini adalah seperti berikut :
a. Seluruh kawasan bandar Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang - 1 hari ke 2 hari
waktu bekerja.
b. Seluruh kawasan bandar Kuala Lumpur, Selangor, Perak dan Pulau Langkawi -
1 hari ke 3 hari waktu bekerja.
c. Seluruh kawasan Sabah dan Sarawak - 1 minggu ke 2 minggu waktu bekerja.
d. Seluruh kawasan pendalaman (out delivery area – ODA) – 1 hari ke 5 hari waktu bekerja.
S15 : Adakah pihak Runner Courier akan menghubungi pelanggan untuk membuat serahan bungkusan atau barangan?
J15 : Ya. Pihak Runner Courier akan menghubungi pelanggan terlebih dahulu semasa dalam perjalanan penghantaran bungkusan atau barangan untuk diterima oleh pelanggan.
S16 : Adakah pihak Runner Courier akan menghubungi pelanggan untuk membuat pengambilan bungkusan atau barangan di kediaman dan premis?
J16 : Ya. Pihak Runner Courier akan menghubungi pelanggan terlebih dahulu sebelum membuat pengambilan bungkusan atau barangan yang telah ditempah oleh pelanggan.
S17 : Apakah tindakan Runner Courier sekiranya bungkusan atau barangan tidak dapat diserahkan kepada pelanggan yang tiada di kediaman atau premis?
J17 : Tindakan yang dilakukan adalah :
a. Pihak kami akan menghubungi penerima untuk memaklumkan penghantaran
akan yang dilakukan. Sekiranya tiada maklum balas yang diterima oleh penerima,
pihak kami akan menghubungi pengirim untuk memaklumkan situasi penghantaran.
b. Bungkusan atau barangan pelanggan akan dibawa pulang di pejabat atau
cawangan yang berdekatan untuk disimpan dengan selamat.
c. Bungkusan akan di simpan di pejabat atau cawangan yang berdekatan dalam
masa 1 minggu sebelum bungkusan atau barangan tersebut di kembalikan kepada
pengirim (return to sender – RTS).
S18 : Berapa kali penghantaran yang akan dilakukan oleh Runner Courier untuk bungkusan atau barangan yang gagal diserahkan kepada penerima?
J18 : 2 (dua) kali penghantaran akan dilakukan. Pihak kami akan membuat penghantaran ulangan sebanyak 1 (satu) kali sahaja, selepas penghantaran kali pertama gagal dilakukan disebabkan penerima tiada di kediaman atau premis atau lain-lain sebab yang melibatkan pihak penerima itu sendiri gagal memberi maklum balas. Walaubagaimanapun penghantaran ulangan tersebut akan dilakukan mengikut jadual, masa dan tarikh dari pihak kami. Pelanggan tiada hak/kuasa untuk menuntut masa dan tarikh penghantaran ulangan tersebut.
S19 : Bolehkah saya atau mewakilkan orang lain untuk mengambil bungkusan atau barangan di pejabat atau cawangan yang berdekatan?
J19 : Ya boleh. Perkara seperti berikut perlu dipatuhi :
i. Pelanggan boleh mengambil sendiri dan mewakilkan orang lain untuk mengambil bungkusan atau barangan, dengan membawa salinan dokumen atau bukti-bukti
yang sah serta kad pengenalan/MyKad pelanggan yang asal atau wakil yang dilantik.
ii. Sekiranya salinan dokumen atau bukti-bukti yang sah serta kad pengenalan/
MyKad pelanggan yang asal atau wakil yang dilantik, tertinggal atau tiada, pihak
kami tidak akan menyerahkan bungkusan atau barangan tersebut.
iii. Pihak kami akan menghubungi pihak penerima asal terlebih dahulu untuk
pengesahan sebelum bungkusan diserahkan.
S20 : Bolehkah pelanggan menukar alamat penghantaran?
J20 : Ya. Pelanggan boleh menukar alamat penghantaran tetapi hendaklah memaklumkan kepada pihak kami dalam tempoh 24 jam selepas bungkusan atau barangan hendak dibuat penghantaran diserahkan kepada pihak kami. Sekiranya gagal berbuat demikian, caj tambahan akan dikenakan (sekiranya ada).
S21 : Apakah barangan atau bungkusan pelanggan boleh ditinggalkan atau diwakilkan sekiranya penerima tiada di kediaman atau premis?
J21 : Ya, boleh. Pihak kami akan menghubungi penerima asal, untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu untuk meninggalkan bungkusan atau barangan dikediaman penerima atau diwakilkan kepada orang lain (jiran/rakan). Sekiranya kebenaran tidak diperolehi, bungkusan atau barangan pelanggan akan dibawa pulang ke pejabat atau cawangan berdekatan. Penerima perlu menunggu penghantaran ulangan atau mengambil sendiri di pejabat atau cawangan yang berdekatan.
Ingatan : Pihak kami tidak akan bertanggungjawab sekiranya bungkusan atau barangan yang ditinggalkan atau di wakil kepada orang lain itu hilang atau rosak.
S22 : Adakah pihak Runner Courier membuat penghantaran dari pintu ke pintu (door to door)?
J22 : Ya, ada. Pelanggan perlu mengetahui penghantaran pintu ke pintu mengikut jenis kediaman atau premis adalah seperti berikut :
a. Rumah Teres / Sami D / Rumah Dua Tingkat / Premis Peniagaan Dua Tingkat /
Pasaraya / Kediaman atau Premis dua tingkat kebawah :
Penghantaran untuk keadaan kediaman dan premis yang dinyatakan akan dibuat
penghantaran pintu ke pintu ataupun mengikut keadaan lalulintas yang tidak menyebabkan menghalangan dan kesesakan lalulintas untuk kenderaan pihak kami
parkir untuk melakukan penyerahan bungkusan atau barangan kepada penerima.
Sekiranya keadaan lalulintas sesak dan kenderaan pihak kami tidak dapat memasuki
kawasan yang dinyatakan, pihak kami akan menghubungi penerima untuk penerima
mengambil bungkusan atau barangan itu di tempat yang kenderaan pihak kami
mampu merapat dan parkir di kawasan berdekatan. Pihak kami akan menghubungi
penerima untuk serahan bungkusan atau barangan.
b. Flat-Flat / Apartment / Kondominium / Stor / Gudang / Pasaraya / Premis atau kediaman yang melebihi 1 tingkat ke atas :
i. Penghantaran bungkusan atau barangan hanya dilakukan di bawah kediaman dan
premis tersebut sahaja. Tiada penghantaran pintu ke pintu akan dilakukan kerana
ianya telah diambil kira sebagai ruang legar (ground floor/tingkat bawah) bangunan
tersebut adalah pintu pertama penerima. Pihak kami akan menghubungi penerima
untuk serahan bungkusan atau barangan tersebut.
c. Untuk serahan bungkusan atau barangan pintu ke pintu ini tertakluk kepada budi
bicara pekerja penghantaran yang melakukan kerja penghantaran tersebut.
Diharapkan pelanggan dapat memahami kedua-dua keadaan kawasan
penghantaran di Para A dan B.
S24 : Bagaimanakah saya boleh membuat semakan status penghantaran serta pengambilan bungkusan dan barangan pelbagai?
J24 : Pelanggan membuat semakan seperti berikut :
i. Pelanggan boleh membuat semakan status penghantaran serta pengambilan
bungkusan dan barangan pelbagai dengan cara menghubungi khidmat pelanggan
kami di talian 04-424 9469 atau 012-422 9469 untuk mengetahui maklumat dengan
cepat dan tepat.
ii. Semakan atas talian hanya boleh dilakukan bermula pada jam 0830 sehingga jam
1800 pada waktu operasi kami sahaja.
iii. Semakan melalui laman website kami di www.runnercourier.com.my.
S25 : Apakah waktu penghantaran dan pengambilan yang dilakukan oleh pihak Runner Courier?
J25 : Waktu penghantaran dan pengambilan yang dilakukan bermula pada jam 0830 sehingga jam 1800 sahaja.
S26 : Saya telah tersalah mengisi / ingin menukar maklumat penerima dalam borang penghantaran. Apakah yang perlu dilakukan?
J26 : Pelanggan perlu memaklumkan sebarang perubahan kepada pihak Runner Courier dalam tempoh 24 jam bekerja sebelum penghantaran bungkusan atau barangan pelbagai dilakukan.
S27 : Kawasan atau Negeri yang Runner Courier buat penghantaran dan jenis perkhidmatan?
J27 : Kawasan dan Negeri yang pihak kami buat penghantaran adalah seperti berikut :
a. Perkhidmatan Penghantaran Kurier Dan Logistik :
i. Seluruh kawasan Negeri Kedah – Van / Lori.
ii. Seluruh kawasan Negeri Perlis – Van / Lori.
iii. Seluruh kawasan Negeri Pulau Pinang – Van / Lori.
iv. Seluruh kawasan Negeri Perak – Van / Lori.
v. Seluruh kawasan Negeri Selangor – Van / Lori.
vi. Seluruh kawasan Kuala Lumpur – Van / Lori.
b. Perkhidmatan Logistik :
i. Seluruh kawasan Negeri Kedah – Van / Lori.
ii. Seluruh kawasan Negeri Perlis – Van / Lori.
iii. Seluruh kawasan Negeri Pulau Pinang – Van / Lori.
iv. Seluruh kawasan Negeri Perak – Van / Lori.
v. Seluruh kawasan Negeri Selangor – Van / Lori.
vi. Seluruh kawasan Kuala Lumpur – Van / Lori.
vii. Seluruh kawasan Negeri Sabah – Kapal Laut.
viii. Seluruh kawasan Negeri Sarawak – Kapal Laut.
S28 : Saya teleh melakukan pembayaran penuh kepada Runner Courier. Walaubagaimanapun, saya ingin membatalkan penghantaran bungkusan dan barangan pelbagai. Adakah saya boleh mendapatkan semula pemulangan wang pembayaran?
J28 : Bayaran yang telah dijelaskan tidak akan dipulangkan.
NOTA :-
*FAQ diatas adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh pengguna. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
Sebarang penghantaran ataupun pengambilan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
Terima kasih.