Soalan-Soalan Lazim Barkaitan Penghantaran Motosikal
S1 : Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan penghantaran motosikal oleh Runner Courier?
J1 : Maksud pengeposan motosikal adalah perkhidmatan penghantaran motosikal pelanggan yang ditawarkan oleh kami di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak sahaja. Pelanggan boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar motosikal dari pejabat kami yang terdekat ataupun menghubungi kami untuk membuat pengambilan ke rumah/premis.
S2 : Berapakah harga untuk penghantaran biasa bagi motosikal di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak?
J2 : Harga penghantaran biasa bagi motosikal di dalam Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak adalah mengikut cc seperti di bawah:-
Pintu ke Pintu (Door to Door) / Hantar sendiri ke pejabat (Hub to Door) – Semenanjung Malaysia
i. RM 219.00 x Sebuah Motosikal (1 – < 250cc)
ii. RM 350.00 x Sebuah Motosikal (251 - > 1000cc)
Untuk penghantaran ke Pulau Langkawi akan dikenakan caj tambahan mengikut kadar caj ejen yang dilantik oleh pihak kami.
Bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak, pelanggan boleh terus menghubungi pihak kami untuk mendapat sebut harga yang sebenar.
S3 : Di manakah pelanggan boleh berurusan untuk membuat penghantaran motosikal?
J3 : Untuk penghantaran motosikal, pelanggan perlu ke pejabat kami yang berdekatan ataupun pelanggan boleh menghubungi kami untuk membuat pengambilan ke rumah/premis.
S4 : Adakah Pelanggan boleh membuat panggilan pungutan (pick-up) untuk tujuan penghantaran motosikal?
J4 : Ya. Perkhidmatan pungutan (pick-up) dan penghantaran ke rumah ada disediakan untuk perkhidmatan penghantaran motosikal.
S5 : Apakah dokumen yang perlu pelanggan sertakan untuk penghantaran motosikal?
J5 : Dokumen yang diperlukan semasa penghantaran motosikal adalah seperti berikut:-
Penghantaran Semenanjung Malaysia :-
i. Salinan kad pengenalan pemilik / salinan kad pengenalan pengirim - 2 salinan.
ii. Salinan geran/sijil pemilikan kenderaan - 2 salinan.
iii. Sila pastikan cukai jalan dan insurans tidak tamat tempoh.
Penghantaran Sabah dan Sarawak :-
i. Salinan kad pengenalan pemilik / salinan kad pengenalan pengirim - 2 salinan.
ii. Salinan geran/sijil pemilikan kenderaan - 2 salinan.
iii. Salinan surat bank/kedai jika masih dalam loan - 2 salinan.
iv. Sila pastikan cukai jalan dan insurans tidak tamat tempoh.
v. Lain-lain dokumen sokongan sekiranya diperlukan.
S6 : Adakah Pelanggan boleh menuntut gantirugi/pampasan sekiranya motosikal yang dibuat penghantaran didapati rosak atau hilang?
J6 : Ya. Runner Courier bersedia membayar gantirugi/pampasan ke atas sebarang kerosakan atau kehilangan pada pengeposan motosikal sekiranya disahkan berlaku akibat kecuaian pihak kami. Mengikut terma & syarat perkhidmatan, jumlah gantirugi/pampasan yang ditanggung oleh Runner Courier ini adalah mengikut nilai pelindungan insurans yang disediakan oleh Runner Courier sahaja.
Perlindungan insurans bagi melindungi motosikal pelanggan adalah termasuk di dalam harga pengeposan motosikal yang ditawarkan oleh Runner Courier dengan kadar perlindungan sehingga RM 50.00.
Pelanggan perlu mengisi borang pengeposan dengan lengkap beserta nombor telefon dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan. Pelanggan juga perlu membuat pembayaran terus di kuantar pejabat kami ataupun kepada pekerja kami yang membuat pungutan di kediaman dan premis anda. Selain itu, pelanggan juga bertanggungjawab untuk memastikan motosikal telah dibalut sempurna terutama pada bahagian-bahagian yang berisiko untuk calar, kemek atau patah dan pelanggan amat digalakkan menggunakan sebarang perlindungan tambahan untuk melindungi motosikal dari sebarang risiko kerosakan kerana ia adalah tanggungjawab pengirim.
S7 : Sekiranya pelanggan ingin membuat penghantaran aksesori motor (cermin sisi,dll) dan topi keledar, bolehkah pelanggan sertakan bersama semasa penghantaran motosikal?
J7 : Ya, boleh. Pelanggan hendaklah meletakkan aksesori tersebut didalam kotak untuk mengelakkan dari berlaku kerosakan. Aksesori yang dibenarkan untuk dibuat penghantaran bersama motosikal adalah topi keledar dan cermin sisi, selain itu tidak boleh dihantar bersama. Bagaimanapun pelanggan boleh menghantar lain-lain aksesori secara berasingan dan mengikut amalan biasa penghantaran bungkusan / kotak.
Pelanggan hendaklah memastikan keadaan ini dilakukan untuk penghantaran motosikal seperti berikut :-
i. Tentukan minyak petrol hendaklah dikurangkan, hanya 1 liter sahaja yang dibenarkan berada didalam tangki.
ii. Tentukan nombor pendaftaran kenderaan bahagian belakang ditanggalkan.
iii. Tentukan cermin sisi kiri dan kanan hendaklah dibuka.
S8 : Berapa lamakah tempoh penghantaran (ETD) motosikal?
J8 : Tempoh penghantaran ke destinasi yang dituju adalah minimum 3 hari bekerja dari tarikh keesokan harinya selepas pengambilan ataupun penghantaran dilakukan oleh pengirim atau Pihak Runner Courier.
S9 : Adakah Pihak Runner Courier akan memaklumkan/menghubungi pelanggan?
J9 : Ya. Pihak Runner Courier akan menghubungi penerima, pihak kami akan memaklumkan kepada penerima untuk penghantaran motosikal kepada penerima.
Pelanggan juga boleh membuat semakan status dengan cara menghubungi terus kepada pihak kami.
NOTA :-
*FAQ diatas adalah soalan-soalan lazim yang selalu ditanya oleh pengguna. Sebarang pertanyaan dan kemusykilan, sila hubungi pihak kami untuk keterangan lanjut.
Sebarang penghantaran ataupun pengambilan mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak kami.
Terima kasih.